Bung Moktar dan Salleh Said Keruak meneruskan serangan kepada Hajiji Mohd Noor menjatuhkannya sebagai Ketua Menteri Sabah.
Setakat ini hampir 50 orang Adun menyokong Hajiji.
Terbaru Hajiji mengumumkan Kerajaan Sabah akan merombak Kabinet negeri minggu ini.
Ini merupakan serangan balas kepada kumpulan BN diketuai Bung dan Salleh menyokong Shafie Apdal merampas kuasa sebagai Ketua Menteri.
Bung Moktar, Jaffry Ariffin antara yang bakal digugurkan. Manakala Salleh Said Keruak akan dibuang daripada Pengerusi Qhazanah Sabah Sdn Bhd.
Serangan Bung Moktar kepada Hajiji hanyalah kerana dendam dan sakit hati apabila sebelum PRU15 Bung Moktar dilaporkan meluluskan 43 projek dan Surat Setuju Terima (SST) kepada 43 syarikat bernilai RM1.3 bilion. Ia melibatkan projek JKR pembinaan jalan dan bekalan air.
Bagaimanapun semua projek itu belum mendapat kelulusan Kementerian Kewangan menyebabkan sukar membuat pembayaran kepada projek itu.
Bung pula dilaporkan telah mengutip komisen projek untuk membiaya PRU15 sebelum itu.
Kontraktor seperti Donald Lim, Lawrence dan Babi Chong dilaporkan banyak memberi dana PRU15 kepada Bung. Begitu juga bekas-bekas Pengarah Jabatan Air Sabah yang kini menjadi BOD di beberapa syarikat yang diberikan LOA. Kini MOF Sabah tidak boleh membayar kembali tuntutan kerja kerana tidak diluluskan MOF serta melanggar pekeliling kerajaan.
Oleh itu Bung Moktar perlu menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri dan melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Kewangan Sabah. Jika kerajaan Sabah bertukar maka kelulusan dana RM1.3b dipulangkan kepada kontraktor kroni Bung Moktar.
Bung berdendam dan marah dengan Hajiji apabila beberapa projek yang diumumkan olehnya tidak diluluskan MOF kerana tidak mematuhi peraturan kerajaan.
Antara projek itu ialah Teknologi Hijau sistem air boleh di perbaharui (RWS) syarikat Virotex Sdn Bhd. Kononnya syarikat ini bakal peneraju di Asia Tenggara namun syarikat yang diluluskan Bung merupakan syarikat baru nilai saham 1000 dari Malaya bukan Sabah.




PROJEK RM2.425 BILION
Bung dan Salleh juga bengang apabila projek Sistem Transit Rapid (RTS) dan ‘skytrain’ tidak diluluskan oleh MOF Sabah. Projek bernilai RM2.425 bilion itu dilaksanakan secara usaha sama Qhazanah Sabah Bhd (QSB) diketuai Salleh menggunakan syarikat WHSB Ventures Sdn Bhd (WVSB) Sycal Skycity Sdn Bhd, Guangcai China (M) Sdn Bhd dan kontraktor terowong Pulau Pinang, Vizione Construction Sdn Bhd

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi QSB, Datuk Seri Salleh Said Keruak merasmikan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) persefahaman itu.
Perkhidmatan ‘skytrain’ menerusi projek RTS itu dicadang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke pusat bandar raya ini hingga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Alammesra di Likas dengan jarak kira-kira 25 kilometer.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Qhazanah Sabah Berhad, fasa pertama projek ‘skytrain’ yang bermula dari KKIA ke pusat bandar raya sejauh 10.5 kilometer dijangka mengambil masa tiga tahun untuk dibina membabitkan kos hampir RM1 bilion

Semua projek dan kontraktor ini telah membayar komisen kepada Bung Moktar dan Salleh Said Keruak.
Salleh Said merupakan kuda Bung Moktar untuk memerah projek dan komisen di Syarikat Qhazanah Sabah Sdn Bhd.
Salleh dalang jual 45% kepentingan anak Syarikat Qhazanah, CTTSB kepada syarikat ‘Malaya’